CITES
-
Pengenalan Akta 686
AKTA 686 - PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008: PELAKSANAAN DAN KEPERLUAN PENDAFTARAN
Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] telah diluluskan di Parlimen Malaysia dan telah digazetkan pada 14 Februari 2008. Selain itu, Peraturan - Peraturan Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi) 2009 telah digazetkan pada 28 Disember 2009. Pelaksanaan Akta 686 telah berkuat kuasa di Malaysia mulai 1 Julai 2010.
Dokumen berkaitan boleh diakses melalui pautan seperti berikut:-- Surat Pekeliling Ketua Pengarah : Akta 686 - Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008: Pelaksanaan dan Keperluan Pendaftaran (KLIK SINI)
- Perintah Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (Pengecualian Fi Pendaftaran) 2014 (KLIK SINI)
- Garis Panduan Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual (Karas/Gaharu) Di Bawah Akta 686 Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (KLIK SINI)
- Form E - Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual (KLIK SINI)
- Form E1 - Permohonan Bagi Penambahan Kawasan Tanaman/Bilangan Dirian Pokok Dan Pengusaha Hasilan Kayu Gaharu / Minyak Gaharu / Bahagian Tumbuhan Kayu (KLIK SINI)
- Form F - Permohonan Bagi Pembaharuan Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual (KLIK SINI)
-
Penguatkuasaan Akta 686
Penguatkuasaan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [ Akta 686 ] (INTESA)
Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (International Trade in Endangered Species Act 2008 ??? INTESA) dan dua Peraturan di bawahnya iaitu Peraturan Mengenai Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi serta Peraturan Mengenai Pusat Menyelamat telah diwartakan untuk mula berkuatkuasa pada 28 Disember 2009.
Penguatkuasaan INTESA membolehkan pengawalan yang menyeluruh terhadap spesies-spesies yang disenaraikan di bawah Apendiks I, II dan III Konvensyen CITES (spesies terjadual). Spesies terjadual ini terkandung dalam Jadual Ketiga INTESA.
Klik Senarai Spesies Terjadual
Pelaksanaan kadar fi seperti di dalam Jadual Pertama Peraturan Mengenai Permit, Perakuan, Pendaftaran Dan Fi akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.
Klik Jadual Pertama Peraturan Mengenai Permit, Perakuan, Pendaftaran Dan Fi
Sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (International Trade in Endangered Species Act 2008 - INTESA) ini boleh dimajukan kepada infocites[at]mtib[dot]gov[dot]my -
Panduan Permohonan Permit CITES Eksport / Import
PANDUAN PERMOHONAN PERMIT CITES EKSPORT / IMPORT / EKSPORT SEMULA
PENGENALAN
- Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar yang Terancam Pupus (Convention for International Trade of Endangered Species of Wild Fauna and Flora ??? CITES) ialah perjanjian antarabangsa yang bertujuan memastikan pengawalan perdagangan spesimen haiwan dan tumbuhan liar yang terancam. Malaysia telah menjadi pihak kepada CITES pada 18 Januari 1978.
- MTIB berperanan sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority - M.A) bagi spesies kayu, manakala Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES) berperanan sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan Utama (Lead Management Authority ??? L.M.A.) yang bertanggungjawab terhadap semua perdagangan kayu Ramin dan kayu Karas/Gaharu di Malaysia.
- Penguatkuasaan perdagangan spesies ini tertakluk di bawah CITES dan juga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) yang berkuat kuasa pada 28 Disember 2009. Perdagangan spesies ini dibenarkan hanya melalui pengeluaran permit CITES yang sah.
- Pengeksportan produk CITES kayu Ramin (Gonystylus spp.) dan produk Gaharu/Karas (Aquilaria spp.) daripada sumber liar [wild (W)] adalah tertakluk kepada kuota eksport yang telah ditetapkan. Bagi pengeksportan kayu Ramin (Gonystylus spp.) permohonan permit eksport CITES boleh di buat secara terus, manakala bagi produk Gaharu/Karas (Aquilaria spp.) ianya tertakluk kepada kelulusan kuota kepada syarikat. Syarikat perlu memohon kuota eksport produk Gaharu/Karas terlebih dahulu sebelum memohon permit CITES boleh di buat dengan menghantar permohonan kuota secara bertulis kepada MTIB dan kelulusan kuota adalah tertakluk kepada laporan pemeriksaan stok produk yang dimiliki oleh syarikat.
PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT CITES
- Bermula 1 Januari 2026, semua permohonan permit CITES Eksport, Import dan Eksport Semula hendaklah dimajukan secara atas talian melalui sistem MyCITES (https://www.mycites.gov.my/).
- Syarikat hendaklah berdaftar sebagai Pengeksport (TE) dan/atau Pengimport (TI) mengikut aktiviti perdagangan yang bersesuaian sebelum permohonan permit CITES boleh dimajukan. Maklumat lanjut mengenai pendaftaran adalah seperti berikut: https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/panduan.html
- Syarikat dikehendaki mematuhi segala peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan dan menyediakan dokumen-dokumen permohonan seperti di bawah dengan memuat naik dokumen semasa permohonan di buat melalui sistem MyCITES:-
Permit Eksport CITES
- Invoice;
- Packing List;
- Pas Pemindah daripada Jabatan Perhutanan Negeri (salinan asal);
- Pendaftaran sebagai Penanam Karas/Gaharu (*jika sumber daripada tanaman (A) sahaja, jika berkaitan);
- Kelulusan dan Kad Kuota Eksport Produk Karas/Gaharu (*untuk pengeksportan produk Karas/Gaharu dari sumber Liar (W) sahaja, jika berkaitan);
- Lain-lain dokumen jika diperlukan (*jika berkaitan)
Permit Import CITES
- Invoice;
- Packing List;
- Permit Eksport CITES dan/atau Sijil Eksport Semula CITES dari negara Pengeksport;
- Lain-lain dokumen jika diperlukan (*jika berkaitan)
Sijil Eksport Semula CITES
- Invoice;
- Packing List;
- Permit Import CITES daripada MTIB (salinan asal);
- Permit Eksport CITES dan/atau Sijil Eksport Semula CITES dari negara Pengeksport;
- Lain-lain dokumen jika diperlukan (*jika berkaitan)
- Bayaran caj pengeluaran Permit CITES sebanyak RM50.00 hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan diluluskan. Semua pembayaran yang di buat adalah muktamad dan sebarang pengembalian tidak akan dilayan.
- Carta alir permohonan berserta Jadual Spesies dan Rujukan Anotasi CITES adalah seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Pelesenan - Nik Zuraihah binti Nik Mohammad / En Mohamad Firdaus Abas di talian 03-9282 2235 sambungan 1336 /1360.
Carta Alir Proses Permohonan Permit CITES
Jadual & Anotasi CITESManual Panduan Penggunaan sistem MyCITES
RUJUKAN
-
Produk Gaharu
* Annual Quota's conversion for Oil is 1 liter = 200 Kg. -
Senarai Syarikat Pengeksport
SENARAI SYARIKAT PENGEKSPORT PRODUK KAYU KARAS / GAHARU (AQUILARIA SPP.) (WOODCHIPS & MINYAK GAHARU)
No. Nama Syarikat Alamat No. Tel 1 257 Agar Enterprise
Lot 275, Jalan Nilam 19
Taman Kaseh
81800 Ulu Tiram
Johor011-10560016
011-106822172 Ayuga Agarwood HITEC Plantation Sdn. Bhd. 1303, 13th Floor, PJ Tower
AmCorp Trade Centre
18 Jln. Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor03-79563232 3 BBB Asia Capital Berhad
N0 12-03 & 12-05
Menara K1, Commerce 1
Lrg 3/137C, off Klang Lama
58000 Kuala Lumpur03-77731836
4 Compugates Marketing Sdn. Bhd.
No. 3, Jalan PJU 1/41
Dataran Prima
47301 Petaling Jaya
Selangor03-78808133
5 Dadvance Agarwood Solutions
Sdn. Bhd.J-3A-3, Pusat Perdagangan
Bandar B
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur019-8824444 6 Dah Yung Technology Sdn. Bhd.
Unit C-3-8, Seri Gembira
No. 6, Jln Senag Ria
58200 Kuala Lumpur603-79728080
603-797281807 Envirotech Industry Sdn. Bhd.
Lot 9840, Mukim Teja Kampung Sungai Itek
31600 Gopeng
Perak05-3511999
05-35119968 Forest Node Sdn. Bhd.
9, Jalan Helang Tiram 1
Pantai Sepang Putra
43950 Sepang
Selangor601-33302748 9 Gaharu Technologies Sdn. Bhd.
Lot 38017, Mukim Sungai Raia
Simpang Pulai
31300 Ipoh
Perak05-3511999 10 Ghafur Gaharu Enterprise
No. 37, Jalan Durian
Taman Kota Jaya
81900 Kota Tinggi
Johor019-7878805 11 GT Wood Products Sdn. Bhd.
Lot 960-D, Jln Hulu Langat, Bt 11.5
Sungai Serai, Hulu Langat
43100 Hulu Langat
Selangor603-90821396
603-9082171712 Inti Marketing Sdn. Bhd.
100, Jln Lagenda 5
Taman Lagenda Putra
81000 Kulai
Johor016-7160801
019-7162011413 Jasa Perkasa Sdn. Bhd.
72, Jalan Yap Siong Yan
Gemas Baru
73400 Gemas
Negeri Sembilan07-9481798 07-9488272
14 Jobeson Industries Sdn. Bhd.
MLO 2224-1, Jalan Prisma 2
Batu 26, Kelapa Sawit
81030 Kulai
Johor011-10676687
07-598663215 Katsura Landscape Supplier
Sdn. Bhd.Lot 959, Jalan Johor Bahru
Ayer Hitam, Ayer Bemban
81020 Kulai
Johor07-6561888
07-6561688
012-712099916 KB Jaya Agarwood Sdn. Bhd.
No 16, Jalan Sahabat
50200 Kuala Lumpur03-21105512 012-9896586
03-9282605917 Loy Fatt Furniture & Interior
50., Jln Satria 8
Taman Perindustrian JB Perdana
81300 Skudai
Johor012-7738938
012-773893818 Majubina Agrotrade Industries
M Sdn. Bhd.No. 48-1, Jalan MR 1/3
Taman M Residensi
48020 Rawang
Selangor603-55699721
19 Marina Precious Oils Enterprise
Sq 17, Perumahan Kilang Taitak
81900 Kota Tinggi
Johor011-40500671
016-231361620 Mega Agarwood Trading (M) Sdn. Bhd. 10 Jalan IAN 1, Taman Industri Angkasa Nuri
Durian Tunggal
76100 Melaka
Melaka012-2977363
21 MI Fragrance Sdn. Bhd.
134, Jalan Bukit Bintang
3rd Floor Oopposite LOT 10
55100 Kuala Lumpur019-8755234
016-8157799
03-6257462222 MK Timber Trade
Lot PT 1596
jalan Taman Bunga
17500 Tanah Merah
Kelantan012-9007646
09-955894523 Oudh Malizie Resources No.28, Jalan Tamin Impian 1
Taman Taming Impian
43000 Kajang
Selangor013-2877879
24 Oud Valley Sdn. Bhd. Lot 9092, Pusat Pertanian Ayer Hitam
Batu 1, Jalan Ayer Hitam
86100 Ayer Hitam
Johor607-7583558
25 Puchong Oud Line Trading
No. 12, Jalan Meranti Jaya 2/9
Taman Meranti Jaya
47100 Puchong
Selangor603-80667833 26 Rowen Agarwood Resources 23 Parit Kedondong Sri Menanti
83100 Muar
Johor012-3395845
27 Sansen Malaysia Agarwood
Sdn. Bhd.No JKA 30, Lot 2709
Kg Tg Air Hitam Kayu Ara Pasong
82010 Pontian
Johor607-3384131
28 Sin Lang Agarwood Sdn. Bhd. No 39, Jalan Setia
Taman Air Keroh Heights
75450 Air Keroh
Melaka06-2321626 29 Shun Li Sdn. Bhd.
No 28, Jalan Satria 1
Taman Perindustrian JB Perdana
81300 Skudai
Johor016-7903120
012-7226766
016-790312030 SQB Sdn. Bhd.
A-63 Tingkat 1, Jalan IM 3/11
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Pahang011-40223528
09-573332831 Suan Leong Hang (M)
Sdn. Bhd.968, Jln Perindustrian Bkt Minyak 5
Kaw Perindustrian Bkt Minyak, MK13
14100 Seberang Perai Tengah
Pulau Pinang604-5019555
604-501955632 Tong Interior Design
1164, Jln Sri Putri 3/3
Taman Putri Kulai
81000 Kulai
Johor012-7738983
33 TW Agarwood Sdn. Bhd. No.10, Tingkat 1, Jalan Dagangan 4
Pusat Dagangan Triang
28300 Triang
Pahang609-2509205 34 Wangian Semula Jadi
EnterpriseNo. 4, Jalan Durian
Taman Kota Jaya
81900 Tota Tinggi
Johor019-7438587 35 West Malaysia Agarwood Kingdom Sdn. Bhd. Lot 61, Taman Industri Suasa
Jalan Makmur, Taman Makmur
09600 Lunas
Kedah010-7883333
English

Bahasa Melayu