banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • PERHATIAN KEPADA PENGIMPORT PRODUK PAPAN PARTIKEL/ SERPAI (4410) DAN PAPAN GENTIAN (4411) DAN AGEN PENGHANTARAAN

PERHATIAN KEPADA PENGIMPORT PRODUK PAPAN PARTIKEL/ SERPAI (4410) DAN PAPAN GENTIAN (4411) DAN AGEN PENGHANTARAAN

PENGUATKUASAAN KEPERLUAN PERMIT IMPORT BAGI PRODUK PAPAN PARTIKEL / SERPAI (4410) DAN PAPAN GENTIAN (4411)

 

Selaras dengan pindaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)(Pindaan)(No.3) 2020 yang diwartakan pada 17 Ogos 2020 lalu, semua pengimportan produk Papan Partikel/ Serpai (4410) dan Papan Gentian (4411) adalah memerlukan Permit Import daripada MTIB. Penangguhan penguatkuasaan ke atas keperluan ini telah diberikan sejak 17 Oktober 2020, dan penguatkuasaan sepenuhnya akan bermula pada 1 OKTOBER 2021.

 

Sebagai maklumat lanjut mengenai tatacara pengeluaran Permit Import produk berkenaan, sila rujuk Prosedur Pengimportan Kayu dan Produk Kayu (item No. 1 ??? No. 4 dan No. 12 ??? No.16). Dalam hubungan ini juga, selaras dengan keperluan Seksyen 13, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105] memperuntukan semua Pengimport dikehendaki berdaftar dengan MTIB. Sila rujuk Panduan Pendaftaran untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran. 

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Seksyen Pelesenan MTIB melalui email kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.  atau melalui Pejabat MTIB Wilayah / Negeri yang berhampiran.

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

13 September 2021



Kemas Kini Terakhir: 29 Disember 2021