PEMAKLUMAN SISTEM MyCITES MALAYSIA
PEMAKLUMAN SISTEM MyCITES MALAYSIA [Bahasa Malaysia]
Sistem MyCITES merupakan platform rasmi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi memudah cara pengurusan, pemantauan dan pematuhan perdagangan spesies terancam di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES).
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) berperanan sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan CITES (CITES Management Authority ??? MA) bagi spesies kayu dan produk berasaskan kayu. Sehubungan itu, Sistem MyCITES digunakan bermula 1 Januari 2026 bagi permohonan permit CITES melibatkan aktiviti import, eksport dan pengeksportan semula produk kayu yang tertakluk dalam senaraian CITES.
Pelaksanaan sistem ini bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, ketelusan serta pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Klik di sini untuk merujuk Notifikasi CITES Malaysia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MALAYSIAN MyCITES SYSTEM NOTIFICATION [English]
The MyCITES System is an official platform developed by the Government of Malaysia under the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) to facilitate the management, monitoring and compliance of trade in endangered species under the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).
The Malaysian Timber Industry Board (MTIB) acts as the CITES Management Authority (MA) for timber species and timber-based products. In this regard, the MyCITES system will be used starting January 1, 2026 for CITES permit applications involving import, export and re-export activities of timber products subject to the CITES list.
The implementation of this system aims to increase the efficiency of service delivery, transparency and compliance with the provisions of the law in force. Click here to refer to the Malaysia CITES Notification.
English

Bahasa Melayu