banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

NOTIS GANGGUAN CAPAIAN SISTEM MCS

MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA SISTEM APLIKASI UTAMA MTIB (MCS)

Dimaklumkan bahawa Sistem Aplikasi Pelesenan Atas Talian (Sistem MCS) sedang mengalami gangguan teknikal sejak 27 Oktober 2025 di mana Sistem MCS tidak dapat menghantar maklumat permit eksport ke Sistem Maklumat Kastam (SMK).

Sepanjang tempoh gangguan ini, dokumen asal permit eksport yang telah disahkan oleh Pegawai Pemeriksa MTIB akan digunapakai sebagai bukti rasmi kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Permit yang sah hendaklah mempunyai cop kelulusan pemeriksaan fizikal oleh Pejabat/Stesen Pemeriksaan MTIB atau cop ???Diluluskan Dengan / Tanpa Pemeriksaan Fizikal??? pada muka hadapan permit.

Gangguan sementara ini dijangka akan berakhir pada 31 Oktober 2025 atau sehingga makluman lanjut dikeluarkan oleh MTIB.

Surat pemakluman rasmi adalah seperti di lampiran.

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

30 Oktober 2025

 

 



Kemas Kini Terakhir: 30 Oktober 2025