banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • HEBAHAN SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN BAGI AKTIVITI PENGEKSPORT (TE)

HEBAHAN SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN BAGI AKTIVITI PENGEKSPORT (TE)

Bermula 2 Januari 2026, syarat modal berbayar kepada PENGEKSPORT adalah seperti berikut:

        i.            Syarikat Sdn. Bhd.

  • Malaysia - sama ada memiliki/ menyewa/ tiada kilang:

Modal berbayar sekurang-kurangnya RM50,000 ATAU Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) dengan purata baki sekurang-kurangnya RM50,000 yang disahkan oleh pihak bank.

  • Milikan Asing - memiliki atau menyewa kilang (wajib lampirkan bukti pemilikan/penyewaan kilang):

Modal berbayar sekurang-kurangnya RM250,000.

       ii.            Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian

  • Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) dengan purata baki sekurang-kurangnya RM5,000yang disahkan oleh pihak bank.

 

** Garis panduan pendaftaran MTIB (pindaan 2025) akan di muatnaik ke laman sesawang MTIB pada 2 Januari 2026.



Kemas Kini Terakhir: 16 Disember 2025