HEBAHAN SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN BAGI AKTIVITI PENGEKSPORT (TE)
Bermula 2 Januari 2026, syarat modal berbayar kepada PENGEKSPORT adalah seperti berikut:
i. Syarikat Sdn. Bhd.
- Malaysia - sama ada memiliki/ menyewa/ tiada kilang:
Modal berbayar sekurang-kurangnya RM50,000 ATAU Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) dengan purata baki sekurang-kurangnya RM50,000 yang disahkan oleh pihak bank.
- Milikan Asing - memiliki atau menyewa kilang (wajib lampirkan bukti pemilikan/penyewaan kilang):
Modal berbayar sekurang-kurangnya RM250,000.
ii. Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian
- Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) dengan purata baki sekurang-kurangnya RM5,000yang disahkan oleh pihak bank.
** Garis panduan pendaftaran MTIB (pindaan 2025) akan di muatnaik ke laman sesawang MTIB pada 2 Januari 2026.
Bahasa Melayu

English