HEBAHAN MENGENAI KADAR CAJ PERKHIDMATAN BAHARU BAGI PENGELUARAN SIJIL MyTLAS TAHUN 2026
HEBAHAN MENGENAI KADAR CAJ PERKHIDMATAN BAHARU BAGI PENGELUARAN SIJIL MyTLAS TAHUN 2026
Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2026, kadar caj perkhidmatan baharu sebanyak RM100.00 akan dikenakan bagi setiap pengeluaran Sijil MyTLAS. Dengan pelaksanaan kadar baharu ini, caj terdahulu sebanyak RM50.00 tidak lagi terpakai.
Untuk makluman pelaksanaan kadar caj perkhidmatan bagi Sijil MyTLAS telah diluluskan secara berfasa seperti berikut;
- 1 Januari 2024 - Caj perkhidmatan RM30.00
- 1 Januari 2025 - Caj perkhidmatan RM50.00
- 1 Januari 2026 - Caj perkhidmatan RM100.00
Hebahan ini adalah berdasarkan Surat Ketua Pengarah MTIB rujukan (13) dlm LPKM 7/11/04/2/3/9 Jilid 16 bertarikh 22 Disember 2023.
Semua permohonan Sijil MyTLAS berserta dokumen lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat MTIB selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025 (sebelum jam 4.00 petang). Permohonan yang lewat atau tidak lengkap akan diproses mengikut kadar caj perkhidmatan baharu tahun 2026.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat MyTLAS seperti berikut:
|
Nama |
Telefon MTIB: 03-92822235 |
|
|
1. Puan Aimie Aiza binti Mohd Tusin |
Ext 1425 |
aimie[dot]tusin[at]mtib[dot]gov[dot]my |
|
2. Puan Nur Nabilah binti Mohammad Hanafiah |
Ext 1329 |
nabilah[dot]hanafiah[at]mtib[dot]gov[dot]my |
Bahasa Melayu

English